<BGSOUND src="http://www.geocities.com/pujaansyahdu/suratan_atau_kebetulan.ram"> <body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "D16718"; google_color_bg = "D16718"; google_color_link = "000000"; google_color_url = "000000"; google_color_text = "000000"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center> blog anacondaJR..










May 14, 2009
Hakikat Penyakit Riak

Hakikat Penyakit Riak

        Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6

Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

  1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1- Riak AkbarRiak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebabdan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yangboleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjukkelebihan kepada orang lain.2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujurdan suka berpura-pura.3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaanadalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia  sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan     hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri     agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan     Allah pada hari akhirat kelak.3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa     kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk     menghampirkan diri kepada Allah.6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baikdan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat jugaorang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapatperhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana diasememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat padapermulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itusering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapussedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dansebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorongdan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaanriak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan makaamalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam/---------------------------------------------------------------------------\


Posted at 03:55 pm by b_anaconda
Make a comment  

Jun 11, 2008
Ibu atau pasangan hidup...??

Renungkanlah...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah.ibu
Bila takut.. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya.. aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu .... aku ingat pasanganku
Selalu.. Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku



Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku t ida k berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun t ida k sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

 


Posted at 03:11 pm by b_anaconda
Comment (1)  

Jan 11, 2008
10 Amal Jariyah

Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga
perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak
shaleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Hadis di atas menjelaskan amal perbuatan seorang Muslim akan terputus
ketika ia meninggal dunia, sehingga ia tidak bisa lagi mendapatkan
pahala. Namun, ada tiga hal yang pahalanya terus mengalir walau
pelakunya sudah meninggal dunia, yaitu sedekah jariyah (wakaf), ilmu
yang bermanfaat, dan doa anak shaleh.

Dalam riwayat Ibn Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas,
Rasulullah SAW bersabda, ''Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus
mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang
bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan
Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para
musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.' ' (HR Ibn Majah).

Menurut Imam al-Suyuti (911 H), bila semua hadis mengenai amal yang
pahalanya terus mengalir walau pelakunya sudah meninggal dunia
dikumpulkan, semuanya berjumlah 10 amal.

Yaitu ilmu yang bermanfaat, doa anak shaleh, sedekah jariyah (wakaf),
menanam pohon kurma atau pohon-pohon yang buahnya bisa dimanfaatkan,
mewakafkan buku, kitab atau Alquran, berjuang dan membela Tanah Air,
membuat sumur, membuat irigasi, membangun tempat penginapan bagi para
musafir, membangun tempat ibadah dan belajar.

Kesepuluh hal di atas menjadi amal yang pahalanya terus mengalir,
karena orang yang masih hidup akan terus mengambil manfaat dari ke-10
hal tersebut. Manfaat yang dirasakan orang yang masih hidup inilah
yang menyebabkannya terus mendapatkan pahala walau ia sudah meninggal
dunia.

Dari pemaparan di atas, sudah seharusnya kita berusaha mengamalkan 10
hal tersebut atau paling tidak mengamalkan salah satunya, agar kita
mendapatkan tambahan pahala di akhirat kelak, sehingga timbangan amal
kebaikan kita lebih berat dari pada timbangan amal buruk.

Allah SWT berfirman, ''Timbangan pada hari itu ialah kebenaran
(keadilan), maka barang siapa berat timbangan kebaikannya, mereka
itulah orang-orang yang beruntung.'' (QS al-A'raf [7]: 8).


Posted at 04:32 pm by b_anaconda
Make a comment  

Perbezaan Antara Rumah dan Kubur



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumahmu itu seperti kubur (yakni tidak pernah bersembahyang sunnah atau membaca al-Quran di dalamnya), sehingga sunyi-sunyi saja dari ibadat. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya itu dibacakan surat al-Baqarah."


Posted at 04:27 pm by b_anaconda
Make a comment  

Sep 27, 2007
RAHSIA AYAT PENGASIH NABI YUSUF

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.


Posted at 08:41 pm by b_anaconda
Make a comment  

~Rahsia Perwatakan Wanita Melalui Bantal ~

Tahukah anda watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka  tidur menggunakan bantal ? Ini adalah kerana setiap wanita mempunyai  cara dan posisi tidur yang berbeza-beza. Ada yang  suka tidur tanpa bantal, ada yang suka memeluk bantal dan  ada yang mempunyai tabiat meletakkan bantal di bawah kakinya. Inilah cara para pengkaji menilai sifat wanita berdasarkan cara memanfaatkan bantal:

Terdapat beberapa kategori  dan perwatakan wanita:
 

1)Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan satera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka  juga sgt prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup.Wanita kategori ini juga cenderung untuk memiliki badan yang kurus.

2)Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan diri .Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping atau teman-teman yg dapat membantu mereka. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

3)Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka  bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4)Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.Mereka jarang bergaul dgn org ramai,malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka  cenderung bersifat egois.Mereka  juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mereka  tidak suka berusaha.

5)Tidur tanpa Bantal
Mereka  memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Terlalu over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang lain.


Posted at 08:37 pm by b_anaconda
Make a comment  

~Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air~

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan 
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh 
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas 
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas 

Wanita berunsur Tanah 
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: 
* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. 
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. 
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. 
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. 

Wanita berunsurkan Air  
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 
* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. 
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. 
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. 
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah. 

Wanita yang berunsurkan Api 

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: 
* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. 
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. 
* Penasihat yang baik kepada suami. 
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami. 
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Posted at 08:18 pm by b_anaconda
Make a comment  

Sep 3, 2007
~Siapakah..????~



Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

 



Posted at 04:01 am by b_anaconda
Make a comment  

Jun 29, 2007
~Anaconda~


Posted at 05:01 am by b_anaconda
Make a comment  

Jun 23, 2007
~Good Morning~


Posted at 05:09 pm by b_anaconda
Make a comment  

Next Page



b_anaconda
March 1st
Male
Colorado










Isteri dan anak-anak tersayang






























   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed